Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang.

Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.

Augustine mendapati Anwar bersalah pada 14 April 1999 selepas satu perbicaraan yang kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya.

Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Sewaktu perbicaraan kes tersebut, sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA.

Dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut.

Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut.

Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.

Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini.

Sejurus selepas itu, Augustine dinaikkan pangkat - pertama sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1998, hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 dan akhirnya hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.

Augustine juga turut menulis beberapa buku - Cautioned Statements (1990), Impeachment Proceedings (1990), Trial within a Trial (1994) dan Evidence-Practice and Procedure (1994).

Buku Evidence-Practice and Procedure kini menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.

Beliau akan dikebumikan di Lorong Taman Pantai 7, Bangsar pada jam 2.30 petang esok.

MKO

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Pas yang mengadakan perhimpunan mendesak parti itu supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) sebagai penyokong buat-buat dan menganggapnya seumpama permainan wayang kulit memandangkan mereka yang terbabit itu didakwa bukanlah ahli parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ahli UMNO boleh meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, Pas juga boleh bertindak sebaliknya kepada UMNO dengan meminta parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN). :

“Semalam saya buat kenyataan dan sebut kepada setiausaha saya, kalau orang UMNO boleh minta Pas keluar daripada Pakatan, maka saya minta daripada UMNO keluar daripada BN untuk bersama dengan Pas dengan syaratnya dia (UMNO) tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. :

“Kedua, apabila mereka bersama dengan kami, dan Pas sendiri dalam Pakatan sekarang, maka dia kena terima, DAP pun kena terima sama. PKR pun kena terima sama. Sekiranya mereka sanggup bersama dengan kami UMNO kena tukar dasar yang dibawanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009, di sini, semalam.

Beliau berkata, disebabkan Pas di dalam PR maka UMNO juga perlu menerima warga PR itu sekali.

“Ia lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada sekarang ini,” katanya dengan nada sinis.

Mengulas kemungkinan perhimpunan itu didalangi pihak tertentu Nik Abdul Aziz berkata: “Didalangi tu perkara biasa bagi golongan sekular ini. Sebenarnya orang Pas ni dah masak dah. Sejak tahun 1991 lagi macam-macam perkara dibuat.” SHO

**Memang Patut - BN dah tak relevan lagi***

Remaja OKU maut digilis lori tangki

JENGKA – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri apabila digilis lori tangki muatan minyak sawit dalam satu kejadian di Kilometer (Km) 43.2 Jalan Maran-Bandar Jengka dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, motosikal yang ditunggang mangsa gagal memotong lori tangki terbabit sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain.

Menurutnya, mangsa, Ezwan Ezhar El-Bahrin, 17, yang pekak dan bisu, dari Felda Jengka 24 dipercayai gagal mengawal motosikalnya apabila dirempuh motosikal dari arah belakang lalu menyebabkan mangsa jatuh sebelum digilis lori tangki berkenaan.

“Lori tangki muatan minyak sawit itu dari arah Bandar Jengka menuju ke Kuantan manakala mangsa juga dari arah sama dipercayai bersama rakan menuju Pekan Sungai Jerik.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Johari berkata, keadaan jalan yang berselekoh di Km 43.2 Jalan Maran-Bandar Jengka mengundang bahaya bagi pengguna jalan raya yang menjadi antara lokasi kemalangan dan menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

“Sehubungan dengan itu, polis turut menasihatkan penunggang motosikal dan pengguna jalan raya yang lain supaya mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati ketika memandu.

“Memakai topi keledar sahaja tidak cukup sekiranya masih memandu dalam keadaan yang tidak selamat dan mengabaikan peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya. SHO

***AL-FATIHAH***

Menurut kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Chin Peng telah melakukan pembunuhan beramai2 semasa di menjadi Ketua Parti Komunis Malaya. Kesalahan yang dilakukan oleh Chin Peng tidak dapat dimaafkan ladi malah hukuman yang paling sesuai ialah hukuman bunuh.


Masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menyokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia dan golongan ini dianggap sebagai golongan yang buta sejarah dan tidak sensitif terhadap kekejaman yang telah dilakukan oleh Chin Peng.

Chin Peng bukan Komunis dalam konteks ideologi, tetapi dia adalah pengganas yang telah melakukan keganasan yang tidak berperi kemanusian terhadap rakyat Malaysia. Antara yang terbunuh ialah Ketua Polis Perak, pemandunya, penduduk cina Kg Bacam Ipoh dan ramai lagi.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menolak sekeras-kerasnya kedatangan Chin Peng dan mengharapkan agar kerajaan Malaysia membawa kes kekejaman Chin Peng ke muka pengadilan agar mendapat hukuman yang setimpal dengan kezalimannya.


M Khaleel Kas
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Kerajaan digesa untuk menubuhkan dengan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan dua buah enjin kapal terbang tempur F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Anwar skandal kehilangan enjin pesawat merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan.

Sehubungan itu beliau dan parti-parti pembangkang menuntut penubuhan satu Suruhanjaya diRaja untuk menanganinya.

"Kita menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal ini," tegasnya ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini,Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.

“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi dalam majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10 oleh Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mhafuz Omar pula persoalkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas kegagalan agensi itu menyelesaikan siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pemintas F-5E seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Mahfuz yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah di Pejabat PAS Pokok Sena baru-baru ini berkata, beliau difahamkan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 4 Ogos 2008 yang lalu dan nota pemakluman kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hanya dihantar pada Mei 2009.

"Persoalannya, kenapa PDRM perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat insiden yang sebegini serius dan penting?

"Sembilan bulan bukannya tempoh yang singkat, itu pun masih tidak boleh selesai, perlu kepada lanjutan tempoh siasatan, ini yang meragukan dan rakyat persoalkan," katanya.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu menyatakan bentuk tindakan yang telah diambil terhadap syarikat yang memonopoli kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat pejuang milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu AIROD SDN BHD.

"Kejadian enjin jet F-5E hilang itu dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari pengkalan TUDM di Butterworth ke AIROD untuk diselenggarakan, sudah tentu ada kaitannya dengan syarikat itu," katanya.

Beliau turut mengulangi desakannya supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan peringkat Parlimen yang diyakini lebih bersifat terbuka, berintegeriti dan telus dalam usaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

Mahfuz berkata, perletakan jawatan seorang pegawai berpangkat Briged Jeneral dan tindakan memberhentikan perkhidmatan 20 anggota lain yang dikatakan tiada kaitan dengan kes ini turut mengundang keraguan masyarakat yang melihat seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan dengan kes ini.

Ini sekaligus menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berjanji tidak akan menyembunyikan siasatan kes dari pengetahuan umum.

Mahfuz menuntut Kementerian Pertahanan mengemukakan alasan ke atas tindakan memberhentikan kerja 20 anggota tersebut dan menyatakan alasan perletakan jawatan pegawai tinggi itu kepada masyarakat umum untuk mengembalikan keyakinan mereka.

"Kalau betul mereka terlibat, kerajaan perlu mengheret mereka ke mahkamah terbuka dan bukannya dakwa mereka di mahkamah tentera yang sudah tentu perbicaraannya tidak akan didedahkan kepada pengetahuan umum,"tegasnya. HRK

{krisis amanah dalam penjawat awam kian menular. daripada sekecil barang sehingga sebesar barang enjin jet pun boleh hilang. Kalau enjin motor ke... kereta ke... mungkin munasabah. Malah boleh dikatakan budak2 nakal dalam tentera. Ni, benda yang terhad dan terkawal boleh hilang... di mana amanah dan tanggungjawab sebagai wira negara dan pemegang amanah rakyat.

Masalah ini bukanlah baru, negara kita telah beberapa kali dikejutkan dengan kehilangan senjata tentera, senjata olis, barangan dalam siasatan dan pelbagai lagi. Keadaan ini mengambarkan bahawa polisi kerajaan dalam menjaga keselamatan harta rakyat tidak boleh dipercayai lagi.

Jalan penyelesaiannya ialah, tolak kerajaan 'korup' seperti UMNO BN... agar keamanan dan keselamatan nyawa, keluarga, harta dan sebagainya lebih selamat. Sebaik2 perlindungan ialah kepada Allah"

Chenor : Kampung Lanting sinonim dengan pusat pembelajaran Ilmu2 Islam secara pondok. Kuliah ini telah bermula sejak dahulu lagi. Pengasas dan Guru kepada pondok ini ialah Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman yang telah membina pondok ini atas bantuan orang ramai dan kewangan sendiri.

Pelbagai aktiviti2 yang telah dilakukan di sini terutamanya dalam usaha berdakhwah dan menyebarkan Ilmu Islam kepada penduduk sekitar dan umumnya sesiapa yang ebrminat dan cintakan Islam.

Antara kuliah yang mendapat sambutan ialah Kuliah Mingguan yang diajar sendiri oleh Tuan Guru setiap minggu iaitu Isnin malam selasa bermula maghrib hingga Isyak. Antara kitab yang dibaca ialah Bidayatul Hidayah, Tafsirul Quran dll.

Atas kesedaran untuk meglobalkan Ilmu2 Islam ke seluruh dunia, Lajnah ICT Pas Kawasan Maran telah menubuhkan unit khas untuk merakam kuliah mingguan Tuan Guru dan dijadikan VCD serta di upload ke youTube, Laman Web dan blog. Dengan cara ini, masyarakat akan lebih mudah untuk mendengar kuliahTuan Guru walaupun pada malam tersebut tidak dapat hadir sendiri ke Surau Pondok Lanting.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan VCD Kuliah Mingguan Tuan Guru Haji Md Baqi Othman, bolehlah berhubung dengan Shamsuri @ Ikhwan...

Shamsueri Lict PasMaran 09/11


Wahai orang2 yang beriman, yakinlah kamu dengan Agama Allah, yang perlu menjadi petunjuk ke jalan yang benar.
Bersatulah atas satu jalan Islam iaitu perjuangan Islam sebagai mana ia telah diasaskan oleh Rasulullah dan Para Sahabat.
Janganlah kamu menyebarkan berita2 palsu. Kerana ia adalan sifat orang2 munafik dan akan mendapat kemurkaan Allah di dunia dan akhirat.

Master MaranOnline

DEMI MASA:

Web TV (**Auto Channel**):

TV MARAN (**LIVE**):

RUANGAN PENDAPAT PERIBADI:

LAMAN PIMPINAN: